RESIPI DAGING KAMBING MASAK MERAH SIMPLE MAK SITI

Categories BALT MEMASAK (MALAY)

RESIPI DAGING KAMBING MASAK MERAH SIMPLE MAK SITI

Bahan-Bahan :

Daging Kambing/Biri-biri  –  2kg (bahagian bahu kambing lebih baik)

Tepung Gandum  –  2 sudu besar

 Limau Kasturi  –  3 biji di perah Jusnya

Halia  –  1 inci

Bahan-Bahan untuk di kisar :

Bawang Putih  –  1 labu

Bawang Besar  –  2 biji

Halia  –  3 inci

Cili Kering  –  10 biji

Bahan Tumisan :

Serbuk Cili Rempah Ratus Mak Siti  –  2 sudu besar

Tomato Puri  – 1 tin kecil

Tomato Sos  – 1 sudu besar

Cili Sos  – 1 sudu besar

Susu Cair – 1 cawan kecil

Garam dan Gula – Secukup Rasa

Minyak Masak – 2 sudu besar

Bahan-Bahan Lain :

Bawang Besar – 1 biji dipotong cincin

Lobak Merah – 1 batang di potong panjang

Daun Ketumbar – Untuk hiasan terpulang pada anda.

.

Okay jom masak!

Okay nak masak menu ni senang je. Aku yang bujang ni pun boleh masak dengan cemerlangnya. Okay mari kita mula! Pertama sekali sila dapatkan bahan-bahan yang aku tulis tu di pasar atau hypermarket terdekat dengan rumah anda. Pastikan kambing yang anda beli tu dari bahagian bahu atau Lamb Shoulder, tapi kalau takde bahagian lain pun boleh tapi aku tak jaminlah kelembutannya. Satu lagi kalau nak daging kambing masak merah ni lagi sedap jangan lupa beli sekali serbuk cili Rempah Ratus Mak Siti tu. Okay faham?  Bagus jom mula!

1.  Daging kambing cuci dan tos kan. Kemudian gaulkan daging kambing tadi dengan tepung gandum dan jus limau kasturi sampai sebati. Peram dalam 20 minit, lepas tu cuci peraman tadi sampai bersih dan masukan daging tadi ke dalam periuk untuk direbus bersama air secukupnya, halia 1 inci, dan juga 1 sudu garam sampailah empuk. Kemudian tapiskan daging kambing itu dan asingkan ia dari air dan ketepikan dulu.

2. Sambil anda rebus daging kambing tadi tu, ambil semua bahan yang akan di kisar dan terus kisar. Letak air sedikit bila kisar bahan-bahan tu nanti susah pula ia nak sebati. Bila dah jadi sebati letak dalam mangkuk dulu.

3. Okay seterusnya panaskan kuali dan masukan minyak tunggu sampai panas. Lepas tu masukan bahan yang dikisar tadi kedalam kuali, tunggu sehingga minyak naik dan terus masukkan bahan tumisan yang lain kecuali susu cair. Kemudian masukkan daging kambing tadi gaul sehingga rata dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan susu cair dan cuba adjust balik dgn garam dan gula kalau tak cukup rasa, kalau cukup rasa tak perlu tambah lagi. Masukkan juga bawang besar yang dah dipotong tu dan teruskan gaul pada api yang sederhana sehinggalah kuah tu jadi pekat. Boleh tutup api dah.

4. Angkat Daging Kambing Masak Merah anda tu letak dalam bekas yang sesuai. Kalau nak bergaya sikit gunalah periuk belanga tanah liat baru feel sikit. Okay dah letak dalam bekas tu boleh la hiaskan ia dengan daun ketumbar dan juga lobak merah tu. Okay siap!

Bolehlah hidang pada diri sendiri. Menu daging kambing masak merah simple ni boleh dan sangat sesuai dimakan dengan nasi tomato, nasi minyak mahupun nasi putih je. Kalau anda suka makan kambing boleh je tukar ke ayam atau pun daging lembu, rasa tetap sedap. Kalau nak tengok menu lain yang mengunakan Rempah Ratus Mak Siti boleh la melawat blog kawan aku ni – Follow Me To Eat La.

RESIPI DAGING KAMBING MASAK MERAH SIMPLE MAK SITI

Tengok tu yang paling menonjol apa? Sudah pasti Daging Kambing Masak Merah Simple itulah!

Serbuk Cili Rempah Ratus Mak Siti

Yes inilah dia serbuk cili yang aku guna untuk resipi di atas. Apa yang best produk Mak Siti ni ialah dia tak campur dengan apa-apa bahan yang kimia terlarang mahupun MSG. Segar dari ladang sebab ladang nya hanya dekat Muar, Johor.  Produk ini boleh didapati di pasaraya besar yang terkemuka dan juga boleh beli secara online juga di website Mak Siti.

Produk Mak Siti Yang Pelbagai

Okay Rempah Ratus Mak Siti ini bukan sahaja ada serbuk cili malahan mereka juga keluarkan pelbagai jenis produk dari serbuk kari sehinggalah yang terbaru ialah flake daun limau purut (ini memang rare) . Anda boleh tengok sendiri lah gambar dekat bawah ini kalau tak percaya.

Produk dalam pek kecil dan sederhana.

Produk didalam botol adalah yang terkini dari Rempah Ratus Mak Siti.

Pelancaran Produk Baru Mak Siti

Jadi hari jumaat lepas aku di jemput ke Majlis Berbuka Puasa bersama Rempah Ratus Mak Siti. Masa acara ini aku telah diperkenalkan dengan pelbagai produk dari Mak Siti. Dan yang terkini ialah mereka telah perkenalkan packaging berbotol dan juga produk baru seperti Kaffir Lime powder dan Daun limau purut flakes. Selain itu apa yang best time tu ialah makanan-makanan yang dihidangkan semua mengunakan produk dari Mak Siti dan seriously sedap giler. Dan sebab ini lah aku nak start memasak dan buat resipi hehehe.

 

Nak lagi lebih informasi boleh follow facebook Rempah Ratus Mak Siti dan website mereka.

Facebook – Rempah Ratus Mak Siti

Instagram – @rempahratusmaksiti

Website – Mak Siti

Alamat Rasmi :

Nasuha Enterprise,
Batu 12, Ladang Rempah Ratus & Herba
Jalan Muar – Pagoh,
84500 Muar,Johor Darul Takzim,
Malaysia.

Telefon :
+606 9737 508/509
Whatsapp :
+601 7 3309330

Email :

nasuha@maksiti.com / admin@maksiti.com

 

26 thoughts on “RESIPI DAGING KAMBING MASAK MERAH SIMPLE MAK SITI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *